SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKUASY MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sejarah Skuasy


Selamat berkenalan dalam Medan Skuasy


SEJARAH SKUASY

Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy negeri ditubuhkan termasuk Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966.Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007.Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil.Di sana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit.Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.


Antara keperluan yang diperlukan dalam permainan skuasy :-


Bola Skuasy

Kasut Non-Marking

Gelanggang Skuasy

Raket Skuasy

Skuasy ialah satu sukan berraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggerissquashable), digunakan dalam perlawanan skuasy.
Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.

Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow Schoolpada kurun ke-19, hanya di luar LondonEngland, sebagai satu penambahan raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun 1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).

Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.


Gelanggang Skuasy Perseorangan Antarabangsa, seperti yang dispesifikasikan olehPersekutuan Skuasy Sedunia

AS menjadi negara pertama untuk membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907. Pada tahun yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) metubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa tahun 1920-an. Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF (Persekutuan Skuasy Dunia). Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA (Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita).

Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam. Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an. Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia (terutamanya selatan dan tenggara).
Di tahap elit, permainan dibahagi di antara pemain-pemain amatur dan pemain profesional, yang mana jurulatih-jurulatih sering diambil bekerja oleh kelab-kelab yang eksklusif.

Pencapaian Pemain Pada Masa  Ini


Lelaki

TahunJuaraKeduaMataLokasi
2006David Palmer (Australia)Gregory Gaultier (Perancis)9-11, 9-11, 11-9, 11-10 (6-4), 11-2Mesir
2005Amr Shabana (Mesir)David Palmer (Australia)11-6, 11-7, 11-8Hong Kong
2004Thierry Lincou (Perancis)Lee Beachill (England)5-11, 11-2, 2-11, 11-10 (2-0), 11-8DohaQatar
2003Amr Shabana (Mesir)Thierry Lincou (Perancis)15-11, 11-15, 15-8, 15-14LahorePakistan
2002David Palmer (Australia)John White (Scotland)13-15, 12-15, 15-6, 15-14, 15-11AntwerpBelgium
2001tidak dianjurkan
2000tidak dianjurkan
1999Peter Nicol (Scotland)Ahmed Barada (Mesir)15-9, 15-13, 15-11Mesir
1998Jonathon Power (Kanada)Peter Nicol (Scotland)15-17, 15-7, 15-9, 15-10Qatar
1997Rodney Eyles (Australia)Peter Nicol (Scotland)15-11, 15-12, 15-12Malaysia
1996Jansher Khan (Pakistan)Rodney Eyles (Australia)15-13, 17-15, 11-15, 15-3Pakistan
1995Jansher Khan (Pakistan)Del Harris (England)15-10, 17-14, 16-17, 15-8Cyprus
1994Jansher Khan (Pakistan)Peter Marshall (England)10-15, 15-11, 15-8, 15-4Sepanyol
1993Jansher Khan (Pakistan)Jahangir Khan (Pakistan)14-15, 15-9, 15-5, 15-5Pakistan
1992Jansher Khan (Pakistan)Chris Dittmar (Australia)15-11, 15-9, 10-15, 15-6Afrika Selatan
1991Rodney Martin (Australia)Jahangir Khan (Pakistan)14-17, 15-9, 15-4, 15-13Australia
1990Jansher Khan (Pakistan)Chris Dittmar (Australia)15-8, 17-15, 13-15, 15-5Perancis
1989Jansher Khan (Pakistan)Chris Dittmar (Australia)7-15, 6-15, 15-4, 15-11, 15-10Malaysia
1988Jahangir Khan (Pakistan)Jansher Khan (Pakistan)9-6, 9-2, 9-2Belanda
1987Jansher Khan (Pakistan)Chris Dittmar (Australia)9-5, 9-4, 4-9, 9-6England
1986Ross Norman (New Zealand)Jahangir Khan (Pakistan)9-5, 9-7, 7-9, 9-1Perancis
1985Jahangir Khan (Pakistan)Ross Norman (New Zealand)9-4, 4-9, 9-5, 9-1Mesir
1984Jahangir Khan (Pakistan)Qamar Zaman (Pakistan)9-0, 9-3, 9-4Pakistan
1983Jahangir Khan (Pakistan)Chris Dittmar (Australia)9-3, 9-6, 9-0Jerman
1982Jahangir Khan (Pakistan)Dean Williams (Australia)9-2, 6-9, 9-1, 9-1England
1981Jahangir Khan (Pakistan)Geoff Hunt (Australia)7-9, 9-1, 9-2, 9-2Kanada
1980Geoff Hunt (Australia)Qamar Zaman (Pakistan)9-0, 9-3, 9-3Australia
1979Geoff Hunt (Australia)Qamar Zaman (Pakistan)9-2, 9-3, 9-2Kanada
1978tidak dianjurkan
1977Geoff Hunt (Australia)Qamar Zaman (Pakistan)9-5, 9-4, 8-10, 9-2, 9-2Australia
1976Geoff Hunt (Australia)Mohibullah Khan (Pakistan)7-9, 9-4, 8-10, 9-2, 9-2England

[sunting]Wanita

TahunJuaraKeduaMataLokasi
2006Nicol David (Malaysia)Natalie Grinham (Australia)1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2Ireland Utara
2005Nicol David (Malaysia)Rachael Grinham (Australia)8-10, 9-2, 9-6, 9-7Hong Kong
2004Vanessa Atkinson (Belanda)Natalie Grinham (Australia)9-1, 9-1, 9-5Kuala LumpurMalaysia
2003Carol Owens (New Zealand)Cassie Jackman (England)3-9, 9-2, 9-7, 9-3Hong Kong
2002Sarah Fitz-Gerald (Australia)Natalie Pohrer (England)10-8, 9-3, 7-9, 9-7Qatar
2001Sarah Fitz-Gerald (Australia)Leilani Joyce (New Zealand)9-0, 9-3, 9-2Australia
2000Carol Owens (New Zealand)Leilani Joyce (New Zealand)9-6, 9-5, 7-9, 5-9, 9-6Scotland
1999Cassie Campion (England)Michelle Martin (Australia)9-6, 9-7, 9-7Amerika Syarikat
1998Sarah Fitz-Gerald (Australia)Michelle Martin (Australia)10-8, 9-7, 2-9, 3-9, 10-9Jerman
1997Sarah Fitz-Gerald (Australia)Michelle Martin (Australia)9-5, 5-9, 6-9, 9-2, 9-3Australia
1996Sarah Fitz-Gerald (Australia)Cassie Jackman (England)9-0, 9-3, 9-4Malaysia
1995Michelle Martin (Australia)Sarah Fitz-Gerald (Australia)8-10, 9-2, 9-6, 9-3Hong Kong
1994Michelle Martin (Australia)Cassie Jackman (England)9-1, 9-0, 9-6Kepulauan Channel
1993Michelle Martin (Australia)Liz Irving (Australia)9-2, 9-2, 9-1Afrika Selatan
1992Susan Devoy (New Zealand)Michelle Martin (Australia)9-4, 9-6, 9-4Kanada
1991tidak dianjurkan
1990Susan Devoy (New Zealand)Martine Le Moignan (England)9-4, 9-4, 9-4Australia
1989Martine Le Moignan (England)Susan Devoy (New Zealand)4-9, 9-4, 10-8, 10-8Belanda
1988tidak dianjurkan
1987Susan Devoy (New Zealand)Lisa Opie (England)9-3, 10-8, 9-2New Zealand
1986tidak dianjurkan
1985Susan Devoy (New Zealand)Lisa Opie (England)9-4, 9-5, 10-8Ireland
1984tidak dianjurkan
1983Vicki Cardwell (Australia)Rhonda Thorne (Australia)9-1, 9-3, 9-4Australia
1982tidak dianjurkan
1981Rhonda Thorne (Australia)Vicki Cardwell (Australia)8-10, 9-4, 9-5, 7-9, 9-7Kanada
1980tidak dianjurkan
1979Heather McKay (Australia)Sue Cogswell (England)6-9, 9-3, 9-1, 9-4England

Beregu lelaki

TahunJuaraNaib Juara
2006Stewart Boswell / Anthony Ricketts (Australia)Dan Jenson / Joe Kneipp (Australia)
2004Byron Davis / Cameron White (Australia)Ritwik Bhattacharya / Saurav Ghosal (India)
1997Mark Cairns / Chris Walker (England)Dan Jenson / Craig Rowland (Australia)

[sunting]Beregu wanita

TahunJuaraNaib Juara
2006Shelley Kitchen / Tamsyn Leevey (New Zealand)Robyn Cooper / Sarah Fitz-Gerald (Australia)
2004Natalie Grinham / Rachael Grinham (Australia)Louise Crome / Lara Petera (New Zealand)
1997Philippa Beams / Leilani Joyce (New Zealand)Cassie Jackman / Sue Wright (England)

[sunting]Beregu campuran

TahunJuaraNaib Juara
2006Rachael Grinham / Joe Kneipp (Australia)Amelia Pittock / Cameron Pilley (Australia)
2004Rachael Grinham / David Palmer (Australia)Shelley Kitchen / Glen Wilson (New Zealand)
1997Liz Irving / Dan Jenson (Australia)Cassie Jackman / Chris Walker (England)



Antara Pautan Berkaitan Sukan Skuasy adalah seperti berikut :-
Laman rasmi Persekutuan Skuasy Dunia

9 comments:

  1. congrate. bersama kita memertabatkan sukan skuasy

    ReplyDelete
  2. en.nizam, bila sukan squash akan dipertandingkan diperingkat MSKPP? info yg sgt menarik tentang sejarah skuasy... tahniah... keep it up... =)

    ReplyDelete
  3. Pertandingan Squash sayangnya masih jarang di Indonesia

    ReplyDelete
  4. 3rgoigtrgn gnjn b nhgnghnh hnnkn

    ReplyDelete
  5. feornhhno;jymjhnjhgjuyjyujjthmjjyj gnmhnongfyhy56uytoinytjioytgnyotkyjrkoghyjnhnjkhngmmlhttnh h ht th
    hn h h h hththtjk

    ReplyDelete